Selasa, 17 Ogos 2010

Sebiji Tamar Seteguk Air

Sebiji tamar seteguk air
bertandang kesyukuran
dihening kedamaian
menadah tangan memohon keberkatan
sucikan jiwa melayari ketenangan

Sebiji tamar seteguk air
bersama titisan jernih air mata keinsafan
berenang ke daerah kepiluan
dihujung sana terhampar kedaifan
mengutip simpati mengharap insan

Sebiji tamar seteguk air
mengukuhkan tembok keimanan
menghancurkan dinding pemisah
mengutip kembali serpihan amalan
iman dan amal menjadi beneteng ketakwaan

Hari ini,
Sebiji tamar seteguk air
menjadi santapan keteguhan iman
memancarkan cahaya keinsafan
mensyukuri nikmat tuhan
melaksana suruhan

1 ulasan:

  1. Salam,,di sini Jan nak bagitau yang sekarang ini Jan tidak lagi menggunakan norizzanni@blogspot..com.my sebaliknya jan menggunakan izzannie90@blogspot.com.my.Kawan-kawan dan Cikgu Nasrol boleh menaip terus kat http://izzannie90@blogspot.com.my (BAHASA LAMBANG JIWA ANAK BANGSA).Jan nak minta maaf atas sebarang kesulitan kerana Jan ada masalah dengan blog lama.Diharap cikgu dan rakan-rakan sekalian akan membantu Jan dalam usaha kita menambah ilmu bersama-sama..sekian..

    BalasPadam

Bahasa Jiwa Bangsa...