Sabtu, 25 September 2010

SERAUT WAJAH IBU

Kurenung mata ibu

ada kejora
memancarkan kasih sejati

Kuusap tangan ibu
ada parut kasar
mengiringi kudratnya yang terperah


Kubelai mahkota ibu
ada helaian memutih
menyembunyikan jaluran usis


Kuamati wajah ibu
ada garis – garis duka
melakar wajah ayah
yang sudah tiada


Kuselami bahtera hidup ibu
merempuh gelombang sendiri
tanpa lelaki
bergelar suami di sisi


Lalu kucermin diri
mentafsir kata hati
menilai derita ibu
menjulang diriku di pentas hidup
gemilang ini.

Rabu, 22 September 2010

ULASAN FILEM : LAGENDA BUDAK SETAN

LAGENDA BUDAK SETAN

Pengarah : Sharad Sharan


Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.


Bahasa : Bahasa Melayu


kategori : Filem Cereka


Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum


Tarikh Tayangan : 03 Jun 2010


Durasi : 106 min


Audio : Dolby


Format : 35mm

PENULIS


Ahadiat Akashah


: (Cerita Asal)

LAKONAN


Farid Kamil


: Kasyah (Pelakon Utama)


Lisa Surihani


: Ayu (Pelakon Utama)


Que Haidar


: Azmi (Pelakon Pembantu)


Raja Farah


: Suzana (Pelakon Pembantu)


Fazura


: Kate (Pelakon Pembantu)


Sheila Mambo


: Mak Leha (Pelakon Pembantu)


Asyikin Kamal


: Emilia (Pelakon Pembantu)


Nubhan AF6


: Sapi (Pelakon Pembantu)


KREW


Mike Muschamp


: (Pengarah Fotografi)


Effendee


: (Pembantu Pengarah)


Kate James


: (Penyunting)


Irwan bin Idris


: (Pengarah Seni)


Andy Sulaiman


: (Pereka Kostum)


Daniel


: (Muzik)


Andy Sulaiman


: (Pereka Kostum)

PENERBIT


Sharad Sharan


: (Penerbit)


Anugerah (Pencalonan):


Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010)


: Filem Terbaik

SINOPSIS

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.



Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.



Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.



Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampasan dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.



PLOT
 
1. PERMULAAN

Pertemuan Kasyah dan Ayu adalah pada babak ketika Ayu terminum air coke perisa cicak hasil buah tangan Kasyah yang sememangnya anti - perempuan. Namun dari situ timbul perasaan cinta dalam hati Kasyah terhadap Ayu kerana berjaya menambat hati keras seorang lelaki bernama Kasyah. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

2. PERKEMBANGAN

Kasyah memulakan lembaran baru dalam hidupnya demi memenuhi impian buah hatinya, Ayu. mereka terpaksa berjauhan buat sementara waktu apabila Kasyah diberi tugasan untuk menyiapkan tesisnya di kawasan pedalaman.

3. KONFLIK

Konflik mula timbul apabila Azmi yang dahulunya kekasih kepada Ayu mula muncul dalam hidup Ayu. Dia menagih semula cinta dari Ayu dan Azmi hampa apabila gadis itu menolak cintanya. Melalui perancangan jahatnya, Azmi menggunakan Mak Leha iaitu ibu Ayu dalam hal ini. Melalui ibu Ayu, Azmi merencanakan sesuatu agar Ayu berkahwin dengannya. Mak Leha dipaksa berpura – pura sakit jantung dan tidak boleh terlalu risau. Ayu menjadi serba salah dan bimbang akan kesihatan ibunya menerima Azmi dengan berat hati. Walaubagaimanapun, tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu sudah kembali. Kasyah mengetahui hal ini dan merasa sangat kecewa. Kebahagiaan yang diimpikan bersama Ayu ternyata tidak kesampaian.

Kehidupan Ayu bersama Azmi ternyata suatu penderitaan. Azmi sering memukul Ayu dan pada suatu malam, berlaku pergaduhan besar antara mereka. Ayu nekad untuk melarikan diri dengan kereta, dia memandu kereta dalam keadaan emosinya terganggu dan trauma. Semasa memandu, Ayu hilang kawalan lalu terlibat dalam kemalangan. Ayu mengalami kecederaan yang teruk terutama pada bahagian mukanya yang hancur. Azmi memohon maaf diatas sikapnya yang membuatkan Ayu nekad melarikan diri akan tetapi Ayu menuntut cerai dan meminta wajah yang baru. Kini Ayu berwajah baru dan tampil sebagai Emilia yang ingin memulakan hidup baru serta melupakan episod dukanya.


4. KLIMAKS

Ayu/Emilia telah menubuhkan sebuah syarikat melalui wang simpanan dan pampas an yang diterima dari Azmi. Melalui kawannya Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikatnya. Pada mulanya Kasyah tidak mengesyaki apa – apa dan sesuatu mula berlaku apabila dia sudah bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui semuanya mengenai Ayu/ Emilia. Azmi yang sakit hati cuba untuk menggagalkan hubungan mereka dan sekali lagi dia meminta bantuan Mak Leha bagi mencapai rangcangan jahatnya. Semasa dirumah Ayu/ Emilia, Azmi telah memukulnya dihadapan Mak Leha sehingga Ayu/Emilia terjatuh dan terhantuk lalu tidak sedarkan diri. Ayu/Emilia mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian kepala dan didapati hilang ingatan. Berbagai cara telah dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha bagi memulihkan ingatan Ayu/Emilia namun ternyata belum berhasil. Semakin lama ingatan Ayu/Emilia kembali pulih dan Kasyah menyunting dirinya sebagai suri dihatinya. Akan tetapi kebahagiaan yang diharapkan tidak kekal lama apabila Ayu/Emilia meninggal dunia ketika melahirkan bayinya.

5. PELERAIAN

Berakhirlah episod duka Ayu/Emilia buat selamanya apabila dia pergi menghadap Ilahi sewaktu melahirkan bayinya. Azmi yang sebenarnya masih menyimpan rasa cinta pada Ayu/Emilia benar – benar dihimpit rasa bersalah dan berdosa terhadap bekas isterinya itu. Kasyah yang terlalu menyintai isterinya terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi dan berjanji untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anaknya dan menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan Mak Leha, kerana Ayu/Emilia adalah satu – satunya anak yang dia ada. Pemergian Ayu/Emilia dirasakan begitu berkesan dalam hidupnya. Suzanan yang juga merupakan sahabat baik Ayu/Emilia merasa begitu sedih dan kekosongan kerana kehilangan seorang sahabat yang begitu tabah dalam mengharungi liku – liku kehidupannya.

TEKNIK

Sinematografi

Pencahayaan dan pewarnaan filemnya indah. Visual yang kuat dan mantap menghidupkan kisah novel ini serta manipulasi ruang dan masa sudah cukup tepat. Dari segi sinematografi, pemilihan shooting site memang A. Pokok besar atas bukit ada sunset, kawasan air terjun tinggi yang Kasyah suka melepak sehingga part Katerina menangis ketika dalam toilet memang nampak cun.

Teknik penggambaran

Shadow technique dari spek mata nampak muka orang depan memang nampak sangat menarik. Pada minit-minit terakhir klip promo tersebut, anda akan lihat adanya perkahwinan antara watak-watak antagonis dan protagonis, dan juga kematian di penghujung cerita. Kisah cinta yang sedih. Jalan ceritanya nampak kuat dan menarik.

Penata Bunyi

Penyata bunyi antara yang kurang berkesan kerana bunyi-bunyian yang tidak sepatutnya ada telah menganggu jalan cerita tersebut. Sebagai contoh, ketika babak sedih, sepatutnya perlu ada bunyi OST sahaja. Tidak perlu diselingkan dengan bunyi bayi menangis atau bunyi burung. Secara tidak langsung menganggu feeling cerita tersebut yang sepatutnya sampai ke jiwa penonton. Suara Lisa yang dipinjamkan keapda Syiqin juga kedengaran tidak menarik kerana kesan dubbing itu sudah jelas lagi nyata.

Penghakiman

Jika dilihat dari sudut jalan cerita, filem ini nampak terlalu laju dan penonton kadang – kala merasakan feel filem ini tidak sampai pada jiwa mereka. Bermula kisah dimana Kasyah dihantar oleh pihak kolej ke kawasan kampung yang tersangat cantik untuk buat FYP. Ketiadaan telefon dan internet membuat hubungan mereka tergendala. Kasyah menghabiskan FYP nya genap setahun. Dari situ dapat dilihat penceritaan filem ini terlalu pantas dan perkahwinan antara Ayu dan Azmi juga berlaku secara tiba – tiba.

• Dalam struktur plot filem ni, kemungkinan ada penonton yang suka dan tertarik ketika plot Stage I : Setup dan Stage II: New Situation, dimana kisah Kasyah yang jahat diangkat dan Ayu mampu 'control' Kasyah. Tetapi apabila sampai turning point, filem ini terlampau laju dan apabila dilihat berlakunya perkahwinan, penceraian dan part Ayu/Emilia beranak. Lagi satu part di mana Suzana (Raja Farah) bertanya kepada Ayu yang sedang patah hati:



Sue: Ayu nak pergi mana?

Ayu: New Zealand

Sue: Bila

Ayu: Petang ini



• Pergerakan plot yang terlampau laju sehingga feel filem itu tidak sampai. Unsur sudah ada, tetapi terlalu pantas membuatkan mood penonton tidak kesampaian dan seolah – olah tidak puas menghayati.



• Menyentuh bahagian skrip, ada yang tidak sepatutnya ditanya dan sebagai contoh: “Kerja yang awak mohon ini adalah jawatan kosong yang belum diisi tu?”. Jelas lagi nyata kesalahan yang dapat dilihat oleh semua penonton.



Diharap selepas ini tiada lagi kesalahan mahupun kelemahan dalam menghasilkan skrip yang bagus. Semoga perfileman tanahair di Malaysia selepas ini menghasilkan filem cinta yang mempunyai skrip yang bagus, lagu yang menarik serta plot yang tersusun dan bukan sekadar barisan pelakon yang cantik sahaja. Namun ini antara revolusi dalam dunia perfileman tanahair kerana memang julung – julung kali filem Melayu diadaptasi dari novel dan selalunya yang biasa kita dengari adalah novel diadaptasi dari filem.

Kesimpulan

Filem ini adalah arahan Sharad Sharan yang mungkin tidak begitu dikenali di kalangan pengunjung-pengunjung pawagam di Malaysia tetapi disanjungi di Indonesia. Pengarah ini bukanlah orang Malaysia, beliau berasal dari India. Filem arahannya Diva (2007), jadi filem Lagenda Budak Setan yang menjadi bualan hangat kini adalah hasil air tangan beliau. Jika anda mahu tahu apa yang dibanggakan, tonton filem Diva (2007) dan bandingkan dengan Lagenda Budak Setan. Anda akan dapat jawapannya.


Bahasa Jiwa Bangsa...