Selasa, 17 Ogos 2010

Sebiji Tamar Seteguk Air

Sebiji tamar seteguk air
bertandang kesyukuran
dihening kedamaian
menadah tangan memohon keberkatan
sucikan jiwa melayari ketenangan

Sebiji tamar seteguk air
bersama titisan jernih air mata keinsafan
berenang ke daerah kepiluan
dihujung sana terhampar kedaifan
mengutip simpati mengharap insan

Sebiji tamar seteguk air
mengukuhkan tembok keimanan
menghancurkan dinding pemisah
mengutip kembali serpihan amalan
iman dan amal menjadi beneteng ketakwaan

Hari ini,
Sebiji tamar seteguk air
menjadi santapan keteguhan iman
memancarkan cahaya keinsafan
mensyukuri nikmat tuhan
melaksana suruhan

Ke Puncak Menara

Teman,
kita lemparkan sejuta harapan
berbekalkan segenggam usaha
bersandarkan sebuah cita-cita
bersama menjejaki ke puncak menara

Teman,
betapa hebatnya dugaan yang melanda
menempuh jalan yang berliku
meredah onak dan duri
meniti sebuah kedukaan
adakalanya kita tersesat
terdampar di belantara sepi

Lantaran itu,
memusnahkan segala harapan
memadamkan seribu cita-cita
tertewas dengan sebuah kehancuran

Namun,
api perjuangan ini
terus membara
menyalakan semula cita-cita
tiap rintangan rela ditempuhi
pendakian tetap diteruskan
semoga puncak menara
berjaya ditawan!

Ciri - ciri penulisan kreatif :-
  • menggunakan wacana pelukisan
  • menggunakan bahasa kiasan
  • memilih diksi secara berhati - hati
  • bersifat komunikatif

Sabtu, 7 Ogos 2010

Sekilas Teringat...

Salam...Akhirnya terlaksana jua hasratku untuk ada blog sendiri...Ini semua kerana memenuhi keperluan subjek Pengantar Penulisan yang dibimbing oleh Cikgu Nasrol...Terima kasih cikgu kerana telah berjaya membuatkan ku ada blog sendiri..=)...Sebelum lebih panjang celoteh ku dipaparan ini, ingin ku ucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada akak dan abangku yang tidak pernah jemu2 untuk menyokong ku dalam menyambung pengajianku diperingkat sekarang..Buat Ibu tersayang, terima kasih kerana tidak putus2 mendoakan kejayaan diriku...Baiklah untuk pengetahuan semua pembaca blog, aku kini berada di bumi Sintok (UUM) kerana menyambung pengajianku diperingkat Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (kepujian) selama 4 tahun..Pada semester pertama ini, aku telah mengambil subjek Pengantar Penulisan yang menjadi pilihanku kerana memang terlalu sesuai dengan jiwaku...(budak sastera la katakan)...Alhamdulillah, pada awal subjek diperkenalkan sudah terbayang2 di benakku akan 'metafora' ,' f'iguratif', 'simile' dan pelbagai lagi yang bersangkut paut dengannya...Kerana seingatku, itulah yang pernah diajarkan padaku sewaktu aku menduduki STPM dahulu...'buat Cikgu Humaira'a (6A) terima kasih memperkenalkan ku akan bahasa2 sastera ini'....I.Allah walaupun itu hanya sewaktu di Tingkatan Enam, teapi telah membuatkan diriku semakin berminat untuk lebih mendalami ilmu ni...Harapanku agar Cikgu Nasrol tidak pernah jemu2 untuk mengajar dan mendidik kami semua sehingga berjaya kelak...Seperti subjek yang lain, tugasan individu telah pun kami terima dan sekarang aku berhempas pulas untuk menyiapkan agar tidak terlewat untuk dihantar kepada cikgu...Selain itu juga, cikgu telah memberikan kami satu lagi tugasan iaitu mengarang sajak yeng bertajuk bebas dan i.Allah dalam proses untuk dipaparkan buat tatapan pembaca blog semua dan yang paling penting buat Cikgu Nasrol kerana markah kami akan dinilai mengikut kekreatifan ayat yang digunakan...Baiklah sebelum berundur diri, suka untuk ku mengingatkan diri sendiri dan yang lain bahawa jangan pernah meminta selain dari-Nya dan jangan pernah sekali melupakan-Nya..Kerana segala apa yang dipinta beserta dengan usaha,doa dan tawakal dalah sebaik2 perlakuan..Ingatlah, setiap kali dugaan datang menimpa itu petanda bahawa diri kita sedang diuji oleh-Nya..Itu juga petanda bahawa diri kita masih disayangi oleh-Nya...Oleh itu, apabila kita semakin lalai ingatlah kembali kepada Maha Pencipta...Sesungguhnya, Dia Maha Penyayang lagi Maha Pengampun...Amin Ya Rabbalalamin...=).Sehingga kita bertemu lagi dipaparan akan datang..Salam

Jumaat, 6 Ogos 2010

Alhamdulillah...

Salam...

akhirnya aku berjaya menyiapkan tugasan yang diberi, moga aku mendapat manfaat dari ilmu yang disampaikan...

Bahasa Jiwa Bangsa...